Kes positif Covid-19 global lebih 57.3 juta, lebih 1.36 juta kematian dicatatkan

Kes positif Covid-19 global lebih 57.3 juta, lebih 1.36 juta kematian dicatatkan

WASHINGTON, Nov 21: Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 57.3 juta. Ini berikutan lebih 650,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 57,343,535.Setakat pagi Sabtu (21 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 11.83 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.98 juta kes. Jangkitan positif COVID-19 di Perancis (2,159,978), Rusia (2,023,025), Sepanyol (1,556,730), United Kingdom (1,477,213), Argentina (1,349,434), Itali (1,345,767), Colombia (1,345,767) dan Mexico (1,019,543) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.36 juta kes di seluruh dunia. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,368,629 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 253,769 kes, diikuti Brazil dengan 168,061 kes. India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 132,162 dan 100,104 kes kematian, manakala kematian di United Kingdom mencatat 54,381 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*