NGO Pulau Pinang salur bantuan kepada 350 keluarga B40 sempena Deepavali

NGO Pulau Pinang salur bantuan kepada 350 keluarga B40 sempena Deepavali

BUTTERWORTH, Nov 20: Pertubuhan Usahawan Integriti Negeri Pulau Pinang, sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di negeri Pulau Pinang telah menyalurkan bantuan barangan keperluan kepada 350 buah keluarga B40 sempena Perayaan Deepavali baru-baru ini.

“Kami sedar masyarakat masih mengharungi pelbagai cabaran akibat impak penularan Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan yang kami usahakan ini harap dapat meringankan tekanan dan bebanan ekonomi masyarakat, membawa sinar harapan dan azam baru bagi memerangi cabaran semasa,” kata Kumar Manokharan, Pengerusi Pertubuhan Usahawan Integriti Negeri Pulau Pinang.

Bantuan bernilai lebih RM30,000 tersebut telah disalurkan kepada anggota masyarakat yang terkesan di kawasan Bagan, Ujong Batu, Prai, Nibong Tebal, Kepala Batas, Batu Maung, Balik Pulau, Sungai Ara, Juru dan Batu Kawan.

Pertubuhan Usahawan Integriti Negeri Pulau Pinang makin menempa nama sebagai sebuah NGO yang aktif dengan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di bawah inisiatif ‘V-Care’ mereka. Sebelum ini, mereka telah mengusahakan bantuan kewangan dan komputer riba kepada pelajar-pelajar sekolah menengah serta mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA dan institut kemahiran baru-baru ini.

Kumar Manokharan adalah seorang usahawan yang berjaya, juga merupakan Timbalan ketua Pemuda MIC Negeri Pulau Pinang.

“Bantuan yang kami usahakan adalah berasaskan keprihatinan dan keperimanusiaan, kami akan terus membantu anggota masyarakat. Sama-samalah kita membantu rakyat mengharungi cabaran semasa – kita jaga kita,” kata Kumar.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*