Kes Covid-19 positif global melepasi angka 58 juta, lebih 1.38 juta kematian dilaporkan

Kes Covid-19 positif global melepasi angka 58 juta, lebih 1.38 juta kematian dilaporkan

WASHINGTON, Nov 22: Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini hampir mencecah 58 juta. Susulan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, kes positif global kini berjumlah 57,974,667.

Setakat pagi Ahad (22 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.04 juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 9.05 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.02 juta kes.

Jangkitan positif COVID-19 di Perancis (2,160,372), Rusia (2,047,563), Sepanyol (1,556,730), United Kingdom (1,497,129), Itali (1,380,531), Argentina (1,366,182), Colombia (1,240,493) dan Mexico (1,025,969) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, Peru (946,087), Jerman (918,098), Poland (843,475), Iran (841,308), Afrika Selatan (765,409), Ukraine (629,850), Belgium (553,680), Chile (539,143) dan Iraq (533,555) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 hampir 1.38 juta kes di seluruh dunia. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,378,411 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 255,541 kes, diikuti Brazil dengan 168,613 kes. India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 132,726 dan 100,823 kes kematian, manakala kematian di United Kingdom mencatat 54,721 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*