Kes positif Covid-19 global hampiri angka 60 juta, lebih 1.4 juta korban dicatatkan

Kes positif Covid-19 global hampiri angka 60 juta, lebih 1.4 juta korban dicatatkan

WASHINGTON, Nov 25: Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 59.5 juta. Ini berikutan lebih 550,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 59,561,488.Setakat pagi Rabu (25 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.5 juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 9.17 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.08 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes adalah Perancis (2,205,095) dan Rusia (2,120,836). Jangkitan positif COVID-19 Sepanyol (1,594,844), United Kingdom (1,542,610), Italy (1,455,022), Argentina (1,374,631), Colombia (1,254,979) dan Mexico (1,049,358) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melebihi 1.4 juta kes di seluruh dunia. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1.4 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 259,045 kes, diikuti Brazil dengan 169,485 kes. India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 134,218 dan 101,926 kes kematian. Kematian di United Kingdom pula menghampiri 56,000 kes dengan merekodkan 55,935 kes manakala di Italy, 51,306 kes kematian dicatatkan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*