Isu roboh kuil: Kerajaan tubuh jawatankuasa ibadat – Menteri Perpaduan

Isu roboh kuil: Kerajaan tubuh jawatankuasa ibadat – Menteri Perpaduan

KUALA LUMPUR, Dis 8: Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa ibadat dengan melibatkan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengenalpasti rumah ibadat yang berdaftar dan tidak berdaftar dalam negara.

Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga bagi menentukan tindakan susulan berdasarkan perundangan yang akan diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

“Saya telah pun berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin) dan kerajaan tempatan berkaitan penubuhan satu jawatankuasa ibadat dengan melibatkan sekali Kementerian Perpaduan Negara,” katanya di Dewan Rakyat.

Hamilah berkata demikian menjawab pertanyaan Tuan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang memintanya mengulas isu perobohan kuil di Kedah.

Selasa lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, yang dikatakan berusia lebih 50 tahun.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rumah ibadat mesti dibina dengan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan tempatan terlebih dahulu, selain menambah bahawa MIC harus diharamkan sekiranya ia menghasut rakyat supaya melanggar undang-undang.

Google+ Linkedin

1 Comment

  • Nagalingam Suppiah

    Semoga tindakan dan tujuan Puan berdasatrkan kebaikan untuk semua pihak adalah digalakkan tanpa mengira bangsa dan agama.Semuanya datang daripada satu,sikap hormat dan menghormati antara satu dan lain harus di utamakan sekiranya ia adalah betul dan benar.Utamakan perpaduan antara satu sama lain dan saling menghormati tanpa perasaan iri hati.Bumi yang dipijak satu,langit yang dipandang satu,Darah yang sihat,warnanya merah.Sekian maju Negara,hidup jiwa Yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*