Kempen ‘Santai di Zoo’ tawar diskaun menarik

Kempen ‘Santai di Zoo’ tawar diskaun menarik

KUALA LUMPUR,1 Jan  — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi agensinya Tourism Malaysia melancarkan Kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia ‘Santai di Zoo’ dengan tawaran diskaun istimewa bagi tiket masuk bermula hari ini hingga 31 Mac.

Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata kempen di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), merupakan program kerjasama dengan Zoo Negara, Zoo Melaka serta Zoo Taiping & Night Safari.

“Program ini merupakan inisiatif kerajaan bagi merancakkan semula ekonomi negara melalui penglibatan penggiat industri pelancongan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Zoo Negara menawarkan 40 peratus diskaun bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 16,000 tiket yang pembelian boleh dibuat melalui platform Shopee.

Zoo Melaka menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 20,000 pengunjung pertama dengan pembelian secara online di laman  www.zoomelaka.gov.my.

Sementara lebih 30,000 pengunjung yang melawat Night Safari, Taiping akan menikmati diskaun 30 peratus bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak.

Pembelian boleh dibuat melalui kaunter jualan tiket masuk di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) dan ia hanya sah untuk penggunaan pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

— BERNAMA

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*