Kes positif Covid-19 global hampir 87 juta, angka korban cecah 1.87 juta

Kes positif Covid-19 global hampir 87 juta, angka korban cecah 1.87 juta

WASHINGTON, Jan 7: Jumlah kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 87 juta. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 21.2 juta kes.Ini diikuti India dengan 10.37 juta kes dan Brazil dengan 7.8 juta kes. Angka positif di Rusia kini melangkaui 3.27 juta kes manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes adalah United Kingdom, Perancis, Turki dan Itali.

Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif. Manakala Belanda, Indonesia, Czechia, Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Pakistan, Filipina, Switzerland, Sweden, Israel, Maghribi, Portugal, Austria, Arab Saudi, Serbia, Hungary dan Jordan. 39 negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 1.87 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 359,593 kes. Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol. Negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Peru, Jerman, Afrika Selatan dan Poland.

Indonesia, Turki dan Ukraine pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*