Laporkan kes Covid-19 dan sediakan pusat kuarantin, KSM gesa majikan

Laporkan kes Covid-19 dan sediakan pusat kuarantin, KSM gesa majikan

PUTRAJAYA, Jan 8: Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari menggesa semua majikan untuk melaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan segera sekiranya ada di antara pekerja asing yang digajikan mereka didapati positif COVID-19 selepas saringan dilakukan.

“Majikan juga perlu menyediakan pusat kuarantin untuk tujuan pengasingan pekerja asing mereka yang disahkan positif COVID-19. Selain itu, kos perbelanjaan perubatan serta penyaraan pekerja asing semasa tempoh pengasingan tersebut turut dibiayai oleh majikan masing-masing,” kata Datuk Seri M. Saravanan di dalam kenyataan media beliau.

Saravanan turut menyaran pihak majikan agar bertindak lebih proaktif dalam membendung penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan pekerja asing yang mereka gajikan. Ini susulan peningkatan kes positif COVID-19 yang telah mencecah lebih 125,000 kes.

“Para majikan juga disarankan untuk melakukan ujian saringan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No. 9) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.”

“Ini bagi membolehkan pengesanan awal pekerja asing yang positif COVID-19 dan seterusnya membendung penularan pandemik tersebut kepada rakan sekerja mereka yang lain,” saran Saravanan lagi.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*