Sesi persekolahan dan pembukaan IPT wajar ditunda, Pemuda MIC gesa kerajaan

Sesi persekolahan dan pembukaan IPT wajar ditunda, Pemuda MIC gesa kerajaan

KUALA LUMPUR, Jan 9: Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan hari ini menyeru Menteri Pendidikan untuk mempertimbangkan penundaan tarikh pembukaan sesi persekolahan/IPTA/IPTS dan sebagainya untuk pembelajaran bersemuka (Face to Face Learning).


Menteri Pendidikan telah mengumumkan awal minggu ini bahawa sesi persekolahan dan institusi pengajian tinggi akan dibuka semula pada 20 Januari 2021 seperti yang diputuskan tahun lepas.

“Kami memohon Menteri Pendidikan agar menangguhkan pembukaan semula semua institusi pendidikan sehingga wabak Covid-19 dapat dikawalkan” saran Thiripurabavan Muniandy, Ketua Biro Pendidikan, Pemuda MIC Kebangsaan.


Kes positif Covid-19 semakin meningkat setiap hari sejak kebelakangan ini. Kes positif Covid-19 tertinggi di Malaysia iaitu 3027 dilaporkan Khamis lepas adalah amat membimbangkan. Kemungkinan, keadaan ini akan bertambah buruk jika pelajar-pelajar mula sesi persekolahan atau pengajian tinggi bulan ini.

Tambahan pula, pengamalan SOP ketat dalam kalangan pelajar and pengajar semasa pembelajaran bersemuka bukan senanguntuk dilaksanakan. Ibu bapa akan sentiasa khuatir atas kesihatan and keselamatan anak-anak terutamananya murid-murid sekolah rendah and menengah.


“Maka, Pemuda MIC Kebangsaan di bawah pimpinan Thinalan T Rajagopalu berharap Menteri Pendidikan boleh mempertimbangkan untuk menangguhkan pembukaan semula sesi persekolahan and pengajian tinggi sehingga situasi di Malaysia bertambah baik. Dengan adanya pembelajaran secara online yang masih boleh dijalankan, maka pembelajaran bersemuka tidak perlu digesa tanpa persediaan yamg cukup rapi. Bersama-samalah kita berkerjasama untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19 dalam masa terdekat,” kata Thiripurabavan lagi.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*