Kes positif Covid-19 global melebihi 90 juta, angka kematian cecah 1.93 juta

Kes positif Covid-19 global melebihi 90 juta, angka kematian cecah 1.93 juta

WASHINGTON, Jan 11: Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 90 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global menjadi 90.04 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 22 juta kes. Ini diikuti India dengan 10.45 juta kes dan Brazil dengan 8.07 juta kes.

Angka positif di Rusia kini melangkaui 3.36 juta kes. Manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah United Kingdom, Perancis, Turki, Itali dan Sepanyol.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencecah angka 1.93 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 373,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 202,000 kes, India 150,000 dan Mexico merekodkan lebih 133,000 kes kematian. Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*