DS Hamzah Zainuddin disahkan POSITIF Covid-19

DS Hamzah Zainuddin disahkan POSITIF Covid-19

 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri, keputusan ujian tersebut dimaklumkan Kementerian Kesihatan kepada beliau pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau akan menjalani  tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan. 

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut,  beliau akan terus memantau dan  memastikan segala urusan kementerian berjalan  lancar dari semasa ke semasa. 

“Sehubungan itu, semua kontak rapat kepada Hamzah bermula 8 Januari sehingga semalam dimohon untuk tampil ke pusat  saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan  saringan Covid-19 mengikut saranan pihak Kementerian Kesihatan,” katanya hari ini.

Pada masa sama, katanya, Hamzah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun turut disahkan positif

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas),  Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof didapati negatif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan  semalam. – UTUSAN

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*