Nazri Aziz tarik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Nazri Aziz tarik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

AHLI Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan beliau menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan mandat daripada Umno Pandang Rengas.

“Oleh itu, saya ingin mengumumkan bahawa saya sebagai ketua bahagian Padang Rengas dan Ahli Parlimen Padang Rengas menarik sokongan saya terhadap Muhyiddin untuk membentuk kerajaan sekarang,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

Pada Sabtu lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub merupakan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) pertama yang menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional dan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*