MIYC komited perangi budaya rasuah demi bangsa dan negara

MIYC komited perangi budaya rasuah demi bangsa dan negara

KUALA LUMPUR, Jan 22: Majlis Belia India Malaysia (MIYC) sebagai organisasi belia yang mewakili masyarakat India hari ini menyambut baik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) berkenaan Sinar Harian “BUSTER” – Belia Benci Rasuah yang disemboyankan oleh media Sinar Harian melalui Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub, Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf.

“Isu rasuah tidak harus dilihat sebagai satu perkara remeh kerana rasuah ibarat barah kepada sesebuah negara yang menghakis dari dalam. Rasuah adalah titik permulaan penyalahgunaan kuasa dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi.”

“Amalan ini secara rasmi akan menghakis kebolehupayaan serta integriti sesuatu institusi. Jikalau rasuah ditangkis, kami percaya bahawa masyarakat India secara keseluruhannya akan diberi lebih peluang dalam sektor kerajaan dan swasta,” kata Dhanesh Basil, Presiden MIYC.

Dhanesh menjelaskan bahawa sebagai wakil pertubuhan belia, MIYC berpendapat budaya menentang amalan rasuah seharusya dipupuk dari awal lagi berdasarkan kepada pindaan Akta Belia yang mendefinasikan had umur belia sebagai 15 hingga 30 tahun, bak kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Golongan inilah yang akan membawa kesinambungan pemimpin sekarang.

“Syabas diucapkan kepada Sinar Rasuah Buster yang telah memulakan usaha murni ini untuk membanteras rasuah dari kalangan masyarakat dan pemimpin. Namun usaha ini hanya akan memberi kesan sekiranya rakyat jelata bersama untuk memberi nyawa kepada inisiatif ini demi bangsa, belia dan negara yang dicintai.”

“Justeru, Majlis Belia India Malaysia (MIYC) berdiri bersama Belia Benci Rasuah dalam gerak kerja dan kempen untuk memerangi rasuah di negara kita Malaysia ini. Perjuangan murni ini hanya permulaaan dan kita sebagai belia harus mempelapori inisiatif ini untuk menangkis budaya rasuah yang menghapuskan negara dari dalam dan luar,” tambah Dhanesh lagi.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*