Pekerja asing di seluruh negara wajib jalani saringan Covid-19 – Saravanan

Pekerja asing di seluruh negara wajib jalani saringan Covid-19 – Saravanan

Kementerian Sumber Manusia akan meluaskan skop Program Saringan Covid-19 bagi pekerja asinf seluruh negara bermula 2 Februari 2021 selepas pengumuman bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021.

Datuk Seri M Saravanan, Menteri Sumber Manusia berkata bahawa program ini akan dilaksanakan oleh PERKESO dengan kerjasama klinik-klinik swasta seluruh negara. Kaedah RTK Antigen akan digunakan sebagai ujian saringan. Kos kit ujian akan dibiayai oleh PERKESO manakala majikan hanya perlu membiayai kos perkhidmatan yang dikenakan.

“Bagi pekerja asing yang bukan pencarum PERKESO, kos saringan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.” kata Datuk Seri M. Saravanan. Pematuhan kepada keperluan ini akan dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia, katanya lagi.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*