Sistem e-LATiH HRDF, lebih 5,000 rakyat mendaftar dalam tempoh 24 jam

Sistem e-LATiH HRDF, lebih 5,000 rakyat mendaftar dalam tempoh 24 jam

PUTRAJAYA, Feb 7: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) telah mencapai kejayaan baharu semalam dengan pelancaran platform agregator kemahiran dan pengetahuan terbesar dalam talian,  e-LATiH untuk semua rakyat Malaysia secara percuma.

“Dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan, seramai 5,240 rakyat Malaysia telah mendaftar dan mula memanfaatkan kursus melalui platform ini. Saya berasa gembira kerana rakyat Malaysia telah merebut peluang ini dan memanfaatkan pengetahuan tersebut dengan baik. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia dapat menyesuaikan diri dan bersedia menerapkan teknologi dalam norma pembelajaran yang baharu,” kata Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia di dalam kenyataan media beliau sebentar tadi.

Jumlah pengguna yang menggunakan platform e-LATiH ini dijangka mencecah 1 juta pada akhir Jun 2021 dan angka ini dijangka bertambah kepada 2 juta pengguna  menjelang akhir tahun 2021.

“Saya telah mengarahkan PSMB untuk memperbanyakkan kandungan dan dimuatnaik ke platform e-LATiH setiap minggu selain penambahan kandungan dibuat dalam Bahasa Malaysia dan bahasa lain pada akhir bulan ini. Ini bagi memastikan lebih daripada 1,000 kursus adalah tersedia untuk semua rakyat Malaysia secara percuma,” kata Saravanan lagi.

Menerusi platform e-LATiH, PSMB akan dapat memantau penggunaan serta mengetahui minat rakyat Malaysia terhadap jenis-jenis kursus latihan melalui carian kursus yang paling popular. Ini membolehkan PSMB untuk merancang dan menyediakan lebih banyak kursus yang mempunyai permintaan tinggi dan lebih bermanfaat untuk rakyat Malaysia.

“Saya berharap pengajaran dan pembelajaran menerusi platform yang dilancarkan ini akan menjadi lebih mudah untuk diakses oleh seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada. Adalah menjadi harapan saya juga agar rakyat Malaysia akan terus mempersiapkan diri untuk masa hadapan dengan memilih kursus bersesuaian.”

“Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, PSMB akan menambah lebih banyak ciri-ciri lain termasuk menghubungkan platform e-LATiH ke laman web pekerjaan dan laman UpskillMalaysia yang diselaraskan oleh PSMB,” tambah beliau lagi

Menurut Saravanan, PSMB juga akan membuka platform ini kepada Penyedia Latihan tempatan dan antarabangsa untuk menawarkan kursus berbayar pada kadar yang berpatutan secara dalam talian kepada semua rakyat Malaysia di bawah seksyen premium dalam masa terdekat.

Selain itu, PSMB juga dalam usaha untuk memberikan sijil bertauliah dalam bentuk kelayakan mikro bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran atau menggunakan kelayakan ini untuk mencari pekerjaan baharu.

Google+ Linkedin

4 Comments

  • Muhammad bin Abdullah

    Saya mahu sertai progrem ini

  • Lim Ting Ting

    This eLatih is very useful & timely for Malaysian. Not limited to unemployed, graduates, or school-leavers only, but even employee with its employers whom registered with HRDF, reality is some HR or superiors failed to perform their responsibilities or favouritism, or short-sighted to groom their employees, especially with digitalize system upskilling. They are too old, or reluctant to adapt & adopt to the changes. They rejected our proposal even. They are short-sighted or ignorance to the digitalize, IoT, AI, Web-base, mobile apps and any IT related upgrading system to replace the human manually, redundant, duplication and human errors. They are shoulder the responsibility with authority, yet they failed to make full use of the HRDF platform despite employee officially propose, request. Thanks God that our Minister of Human Resources & PMSB are posses leadership and forseen the neccesity to groom our Malaysian citizen whom have desire to develop themselves in upskilling and re-skilling. This is real hope for us. Appreciate very much👍👏🇲🇾💞🙏

  • Juliana Japar

    Sesuai dengan dunia tanpa sempadan.

  • Vigneswarab

    Where is this program training conducted ,it is available in Ipoh , where it is ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*