Inisiatif penciptaan pekerjaan dan kebolehpasaran graduan akan terus dipergiatkan – Menteri Sumber Manusia

Inisiatif penciptaan pekerjaan dan kebolehpasaran graduan akan terus dipergiatkan – Menteri Sumber Manusia

PUTRAJAYA, Feb 9: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata kerajaan komited di dalam mempergiatkan lagi inisiatif penciptaan pekerjaan dan kebolehpasaran graduan demi memastikan kelangsungan ekonomi negara.

“Pada pagi ini saya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC) Bilangan 1 Tahun 2021 secara dalam talian yang telah dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Turut bersama dalam mesyuarat ini antaranya ialah Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia dan agensi LAKSANA di bawah MOF, selaku Sekretariat NEC.”

“Pelbagai inisiatif penciptaan pekerjaan, kebolehpasaran graduan, pengangguran telah dibincangkan dan akan dilaksanakan secara menyeluruh bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” kata Saravanan di dalam muatan Facebook beliau.

Saravanan menyaran tenaga kerja negara merebut peluang-peluang yang ada untuk kita menjana semula ekonomi negara.

“Warganegara yang sedang mencari peluang pekerjaan boleh mendaftar di portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ yang merupakan pusat hentian setempat dan rujukan utama kepada rakyat bagi inisiatif berkaitan pekerjaan termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula,” kata beliau lagi.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*