Tuanku Agong prihatin terhadap kebajikan tenaga kerja

Tuanku Agong prihatin terhadap kebajikan tenaga kerja

KUALA LUMPUR, Feb 9: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini telah menerima menghadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan bersama pegawai kementerian di Istana Negara bagi pencerahan berkenaan penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446.

“Tuanku Baginda amat prihatin terhadap kebajikan dan keperluan tenaga kerja negara. Di dalam sesi menghadap yang berlangsung lebih 30 minit petang tadi, saya sempat menyampaikan perkembangan serta langkah-langkah Kerajaan di dalam memastikan penguatkuasaan Akta 446,” kata Saravanan.

“Akta 446 ini lengkap dari segi kemudahan dan kebajikan untuk pekerja, memberi perlindungan dari segi undang-undang kepada mereka, khasnya tatkala negara mengharungi cabaran dan impak penularan wabak Covid-19,” tambah Saravanan lagi.

Google+ Linkedin

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*