Kes positif Covid-19 global 110.2 juta, korban lebih 2.43 juta

Kes positif Covid-19 global 110.2 juta, korban lebih 2.43 juta

WASHINGTON, Feb 19: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 110.17 juta kes, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.87 juta kes. Ini diikuti India dengan 10.95 juta kes dan Brazil dengan lebih 9.97 juta kes. Manakala negara yang melebihi angka empat juta kes adalah United Kingdom dan Rusia, sementara Perancis dan Sepanyol melebihi tiga juta.

Itali, Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes. Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Kanada, Portugal, Chile, Romania, Belgium, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Filipina, Switzerland dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Hungary, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Lebanon dan Panama. Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 2.44 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 492,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 242,000 kes, Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Iran dan Colombia.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru, Poland dan Indonesia. Selain itu, Turki, Ukraine, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*