MyDigital perkasa rakyat Malaysia

MyDigital perkasa rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, Feb 19: Inisiatif MyDigital berhasrat memperkasakan setiap rakyat Malaysia, dari Perlis ke Sabah, untuk memperbaiki kehidupan mereka dalam setiap aspek, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Perdana Menteri berkata ia merangkumi idea dan pelan untuk meningkatkan literasi digital, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, menjadikan urusan perbankan dan kewangan lebih mudah serta teratur, memberikan akses pendidikan secara maya kepada anak-anak kita serta membawa kemudahan perubatan ke pekan terpencil.

“Ia juga pelan halatuju transformasi digital yang mampu mengupayakan sektor perniagaan untuk bersaing di pentas global dengan memantapkan kelancaran dan kecekapan operasi mereka,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran MyDigital & Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia secara maya, hari ini.

“Keupayaan untuk merebut peluang yang muncul daripada teknologi dan model perniagaan inovatif, akan memainkan peranan penting dalam memacu enjin baharu pertumbuhan ekonomi negara.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*