Hajat usahawan muda Tapah tercapai, keprihatinan Menteri Sumber Manusia terserlah

Hajat usahawan muda Tapah tercapai, keprihatinan Menteri Sumber Manusia terserlah

TAPAH, Mac 3: Usahawan muda Haizal Haqim dari kawasan Temoh, Tapah bagai tiada kata untuk mengungkapkan kegembiraannya apabila impian bagi menambahbaik perniagaan gunting rambut yang diusahakannya tercapai dengan bantuan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

“Terima kasih, YB Datuk Seri M. Saravanan. Saya agak terpegun dengan tindakan pantas YB membantu perniagaan saya dengan pemasangan jubin lantai serta pembekalan kerusi gunting rambut. Sesungguhnya kedai gunting rambut saya kini berwajah baru, dan saya yakin perniagaan saya akan bertambah maju dengan peningkatan pelanggan,” kata Haizal dengan penuh semangat apabila dihubungi oleh The Sentral hari ini.

Saravanan, yang juga merupakan Ahli Parlimen Tapah telah mengunjungi kedai gunting rambut Foozie Barbershop milik Haizal semasa lawatan beliau menyantuni warga Tapah pada Disember lepas. Ketika tu Saravanan telah memuji Haizal yang berdikari dengan usaha dan modal sendiri, mencari rezeki pendapatan terutamanya dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Beliau telah berjanji akan membantu usahawan muda Tapah tersebut dengan menambah baik kedai dan perkhidmatan beliau.

Kurang dari tempoh dua bulan susulan kunjungan tersebut Foozie Barbershop kini berwajah baru dengan jubin lantai baru dan kerusi gunting rambut moden sumbangan Saravanan.

Keprihatinan Saravanan menyantuni aspirasi anak muda sedemikian bukanlah sesuatu yang baru. Beliau menjadi pendorong dan inspirasi kepada ratusan anak muda mengejar kecemerlangan.

Google+ Linkedin

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*