Program Rekalibrasi PATI diperluaskan kepada sektor perkhidmatan tambahan – Saravanan

Program Rekalibrasi PATI diperluaskan kepada sektor perkhidmatan tambahan – Saravanan

PUTRAJAYA, Apr 22: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan hari ini berkata bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membuka Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Pendatang Tanpa Izin (PATI) kini kepada lima lagi sektor perkhidmatan, termasuk restoran, kargo, borong dan runcit serta pembersihan dan pencucian.

“Saya bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali ke-5 Bilangan 1/2021 bertempat di Kementerian Dalam Negeri.”

“Lebih 140,000 orang PATI telah berdaftar bagi program Rekalibrasi PATI. Setakat ini, 71,510 orang PATI telah mendaftar untuk penempatan pekerjaan semula di Malaysia. Kerajaan bersetuju untuk membuka program tersebut kepada 5 sektor perkhidmatan tambahan berikutan kurangnya minat dan kesediaan tenaga kerja tempatan bagi merebut peluang kerjaya di dalam bidang berkenaan,” kata Saravanan di dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Program Rekalibrasi PATI yang merangkumi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang bermula pada 16 November lalu sehingga 30 Jun depan.

Pada 12 November lalu, kerajaan melancarkan Program Rekalibrasi PATI yang dilaksanakan oleh Imigresen dengan kerjasama strategik Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) serta agensi-agensi kerajaan yang lain tanpa pembabitan vendor atau pihak ketiga.

Program berkenaan terdiri daripada pendatang asing yang sedia ada digajikan atau masih belum digajikan oleh majikan, tertakluk kepada syarat seperti pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PKLS) dan pembantu rumah asing yang tinggal lebih masa pada atau sebelum 31 Disember 2020.

Program Rekalibrasi Pulang pula merupakan inisiatif kerajaan bertujuan memberi peluang kepada pendatang asing yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk pulang ke negara asal secara sukarela.

Google+ Linkedin

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*