PKP di ibu negara perlu disemak, diperketatkan – Menteri Wilayah Persekutuan

PKP di ibu negara perlu disemak, diperketatkan – Menteri Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, Mei 8: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) akan disemak semula.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, ketika mengumumkan perkara itu berkata pendekatan sedemikian diperlukan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan melandaikan lengkuk penularan.

Katanya, keselamatan dan nyawa rakyat perlu didahulukan, malah masyarakat wajar bersedia berkorban menghadapi musibah serta kesukaran kecil, demi mengelak bencana yang lebih besar.

“Saya mendengar taklimat situasi semasa dan unjuran kes positif COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

“Saya juga meneliti isi kandungan surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan kepada pengarah hospital yang diedar berhubung persiapan meningkatkan keupayaan hospital dan memerhati situasi serta laporan pematuhan di lapangan sekitar Kuala Lumpur.

“Ia terutama terutama rekod daripada HIDE (Hotspot Identification for Dynamic Engagement) dan mengambil kira kemungkinan suasana kemuncak akhir Ramadan serta awal Syawal.

“Semuanya menjurus ke arah penularan COVID-19 secara besar-besaran dan bakal mengancam tahap kapasiti hospital di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Dr Noor Hisham menerusi surat pekeliling semalam mengarahkan supaya hospital bersiapsiaga menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19, khususnya individu dengan gejala serius di seluruh negara.

Sehubungan itu, 10 pelan kesiapsiagaan hospital digariskan untuk tindakan ketua pengarah hospital di seluruh negara dan perlu dilaporkan dari semasa ke semasa kepada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Norhizan Ismail.

PKP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuat kuasa sejak semalam hingga 20 Mei ini, dengan menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) membabitkan operasi perniagaan di sekitar ibu kota.

Ia termasuk waktu operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri yang masih diteruskan, meskipun kes COVID-19 di seluruh negara merekodkan peningkatan mendadak menjangkau 4,498 kes semalam.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan, Annuar berpandangan PKP lebih ketat dan berkesan diperlukan serta-merta.

“Insya-Allah, esok saya akan sertai mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MKN Khas. Kita akan bincang secara terperinci dan mendoakan pandangan Wilayah Persekutuan turut disokong kawan-kawan lain,” katanya.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*