Pemuda MIC Negeri Sembilan gesa kerajaan negeri pertimbang cadangan bantuan Covid-19

Pemuda MIC Negeri Sembilan gesa kerajaan negeri pertimbang cadangan bantuan Covid-19

SEREMBAN, Jun 10: Pergerakan Pemuda MIC Negeri Sembilan hari ini menyaran kerajaan negeri agar mempertimbangkan beberapa syor yang diutarakan mereka demi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri tersebut terus dilindungi.

“Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan PKP 3.0 bagi mengawal dan membendung penularan covid -19. Walaubagaimanapun, penularan kes Covid-19 di Negeri Sembilan menampakkan kes harian dilaporkan berada pada tahap yang amat membimbangkan untuk warga Negeri Sembilan.”

“Pemuda MIC Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif dengan mengerakkan seluruh jentera Pemuda MIC Bahagian bagi mendapatkan maklumbalas dan pandangan berkaitan keadaan penularan kes covid -19 di Negeri Sembilan. Kami ingin mengesyorkan beberapa saranan kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang perlu dan patut dilaksanakan bagi membantu golongan yang terkesan akibat PKP3.0 di samping membendung penularan kes covid-19 di Negeri Sembilan,” kata  Ramis Balakrishnan, Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan di dalam kenyataan media beliau.

Dalam konteks membela kesihatan rakyat dan membendung penularan kes covid-19 di Negeri Sembilan, antara cadangan yang diutarakan kepada kerajaan negeri adalah termasuk:  

  • melaksanakan saringan COVID-19 secara besar-besaran secara percuma di Kawasan-kawasan hotspot penyebaran covid-19 di Negeri Sembilan.  
  • Mempercepatkan proses vaksinasi dengan memperbanyakkan lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Negeri Sembilan bagi memudahkan lagi orang ramai datang mendapatkan vaksin bagi diri mereka. PPV juga perlu ditumpukan di Kawasan Kawasan pedalaman dan luar bandar agar tidak siapa yang terlepas dari program vaksinasi ini.  Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan PPV bergerak dan pandu laju bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Negeri Sembilan.

Menurut Ramis,  fokus seterusnya adalah untuk membantu warga Negeri Sembilan yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0.  Bagi tujuan ini Pemuda MIC Negeri Sembilan mencadangkan kepada kerajaan negeri agar

  • Bantuan secare “One-Off”  kepada pengusaha-pengusha PKS yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0. Didapati ramai pengusaha PKS terpaksa hidup dalam kesusahan kerana sumber pendapatan terjejas akibat pelaksanaan PKP. Ada juga yang terpaksa tutup kedai kerana tidak mampu lagi menampung kos operasi. Justeru, Kerajaan perlu mensasarkan bantuan kepada golongan ini bagi membantu meringankan beban mereka.
  • Seterusnya Pemuda MIC ingin mohon kerajaan Negeri bagi menyalurkan bantuan keperluan harian kepada keluarga B40 yang terpaksa berada dalam keadaan kuarantin di rumah masing-masing. Kami percaya ramai ahli keluarga terpaksa menjalankan kuarantin di rumah dan ini menjejaskan sumber pendapatan keluarga tersebut.
  • PBT perlu mempertimbangkan untuk memansuhkan atau memberi diskaun bayaran lesen premis dan penjaja bagi tempoh tertentu agar dapat membantu sedikit sebanyak pemilik perniagaan serta  penjaja pasar malam, pasar pagi, dan lain-lain kategori penjaja. 
  • Permansuhan cukai harta/pintu oleh PBT
  • Mewujudkan inisiatif-inisiatif tertentu atau imbuhan kepada semua golongan frontliners di Negeri Sembilan termasuk pasukan kesihatan dan pasukan pertahanan yang sedang bergadai nyawa bagi membantu membendung penularan covid-19. 
  • Pemuda MIC juga ingin mencadangkan pemberian tablet percuma dengan kelengkapan wifi kepada anak-anak keluraga B40 yang menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran atas talian.

Ramis yakin bahawa dengan cadangan-cadangan yang disyorkan, kerajaan Negeri dapat memainkan peranan yang lebih eifisyen dalam membendung penularan wabak in,i di samping menjamin kesejahteraan warga Negeri Sembilan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*