Buka kembali permohonan baru UPU bagi lepasan SPM dan STPM, Pemuda MIC saran KPT

Buka kembali permohonan baru UPU bagi lepasan SPM dan STPM, Pemuda MIC saran KPT

KUALA LUMPUR, Jun 11: Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan hari ini menggesa Kementerian Pengajian Tinggi agar membuka semula proses permohonan UPU bagi   pelajar lepasan SPM dan STPM 2020 bagi membolehkan mereka yang terlepas memohon ketika tempoh permohonan asal tidak dipinggirkan.

“Terdapat ramai pelajar pelajar lepasan SPM dan STPM sesi 2020 tercicir dari membuat permohonan. Durasi permohonan UPU yang dibuka untuk sesi 2020 adalah dari Januari 2021 hingga April 2021,dan perlu diingatkan disini bahawa semua pelajar pelajar lebih fokus dan menyediakan diri mereka untuk peperiksaan dan bukanlah untuk Permohonan UPU.”

“Perlu difahami disini keadaan tahun ini adalah amat berbeza dimana pelajar menduduki peperiksaan dalam dalam satu situasi yang amat kritikal dan mencabar. Terdapat juga pelajar mempunyai kekangan untuk mengakses internet terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan.|”

“Ada diantara pelajar merunggut bahawa permohonan terdahulu adalah berdasarkan Peperiksaan Percubaan, dan  terdapat segilintir pelajar yang tidak menduduki peperiksaan percubaan atas faktor pandemik yang tidak menentu. Hal ini menyebabkan mereka gagal membuat sebarang permohonan dengan harapan permohonan akan dibuka kembali,” kata Sadhis Kumar Letchumanan, Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan.

Pemuda MIC menyeru kerajaan agar lebih peka dengan keadaan semasa dan memberi perhatian khusus menyelesaikan rintihan pelajar. Pemuda MIC berharap pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan membuat pertimbangan sewajarnya dengan membuka semula sistem permohoan UPU.

Google+ Linkedin

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*