Kerajaan kaji vaksin untuk pelajar, guru hadapi peperiksaan

Kerajaan kaji vaksin untuk pelajar, guru hadapi peperiksaan

KUALA LUMPUR, Jun 17: Kerajaan sedang meneliti untuk memberikan vaksin Covid-19 kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun ini selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi individu berusia 12 tahun ke atas.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin telah membangkitkan kepadanya mengenai apakah pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 boleh divaksin terlebih dahulu.

Katanya, turut dibincangkan adalah program vaksinisasi di kalangan guru dan kakitangan sokongan sekolah.

“Ia munasabah kerana saya fikir anak-anak yang menghadapi peperiksaan perlu kembali ke sekolah untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan.

“Oleh itu, kami sedang mengusahakan sesuatu dengan Kementerian Pendidikan bagi menumpukan perhatian kepada pelajar peperiksaan terlebih dahulu, untuk memberi suntikan kepada para guru, kakitangan sokongan di sekolah, dan juga pelajar tahun peperiksaan. 

“Sekarang Pfizer telah diluluskan untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 18 tahun,”katanya.

Mengulas mengenai isu sama, Khairy berkata pengumuman segera akan dibuat mengenai fasa kelima PICK yang mensasarkan golongan remaja.

Sebelum keputusan DCA pada 15 Jun, vaksin Pfizer-BioNTech hanya diluluskan bagi kegunaan individu berusia 18 tahun ke atas sementara menunggu lebih banyak data sama ada vaksin itu selamat dan berkesan untuk digunakan bagi golongan muda.

Ia merupakan vaksin Covid-19 pertama yang diluluskan untuk digunakan kepada remaja di Malaysia.

Menurut Khairy, dia dimaklumkan oleh Radzi bahawa terdapat 357,000 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan membabitkan 47,000 guru.

Untuk memudahkan suntikan, katanya khemah vaksinasi boleh didirikan di sekolah.

Dia bagaimanapun tidak menyebut perancangan sama ada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 akan diberi vaksin bersama kumpulan utama lain yang sedang diberi vaksin ketika ini, atau hanya menerima vaksin lebih awal daripada kumpulan remaja lain.

Pada masa ini, PICK dibahagikan kepada empat fasa.

Fasa pertama mensasarkan penggubal undang-undang dan barisan hadapan terutamanya pekerja penjagaan kesihatan yang merawat pesakit Covid-19.

Fasa kedua mensasarkan individu yang berumur 60 tahun ke atas, orang kurang upaya atau mempunyai penyakit kronik, dan barisan hadapan yang ketinggalan pada fasa pertama.

Fasa ketiga mensasarkan populasi dewasa yang lain, iaitu individu yang berumur 18 tahun ke atas yang belum diberi vaksin.

Selain itu fasa keempat yang baru diumum mulai semalam, bertujuan mengekang wabak dengan memvaksinasi mereka yang bekerja di sektor ekonomi kritikal ketika “lockdown”

Fasa kedua dan keempat sedang dijalankan secara serentak.

Labuan juga diutamakan di bawah fasa keempat berikutan penularan wabak akibat varian Delta (B.1.617.2).

Ia meliputi vaksin Pfizer-BioNTech yang akan dihantar pada pertengahan bulan Julai.

Google+ Linkedin

2 Comments

  • NRAVINTHARAN NARAYANAN

    Bilik Kesihatan Sekolah boleh dijadikan PPV

  • NRAVINTHARAN NARAYANAN

    sekarang semua bilik darjah kosong kerana pdpc online,oleh tu sekolah boleh boleh jadi PPV untuk guru Dan murid sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*