Jangkitan Covid-19 global lepasi angka 178 juta, kematian lebih 3.86 juta

Jangkitan Covid-19 global lepasi angka 178 juta, kematian lebih 3.86 juta

WASHINGTON, Jun 21: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia melepasi 178 juta ketika ini susulan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.54 juta kes. Ia diikuti India dengan 29.88 juta kes dan Brazil dengan lebih 17.88 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Turki dan Rusia. United Kingdom, Itali dan Argentina pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.86 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 601,000 kes. Ini diikuti Brazil dengan lebih 500,000 kes, India lebih 386,000 kes, Mexico lebih 231,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*