DHRRA Malaysia menyantuni lebih 15,000 keluarga terkesan melalui inisiatif COVIDCAREMY

DHRRA Malaysia menyantuni lebih 15,000 keluarga terkesan melalui inisiatif COVIDCAREMY

PETALING JAYA, Julai 1: Sejak pelancaran inisiatif COVIDCAREMY, suatu inisiatif tindak balas krisis pada bulan Mac 2020, DHRRA Malaysia melalui kerjasama dengan 20 NGO telah berjaya membantu lebih daripada 15,000 keluarga yang terkesan berikutan penularan pandemic Covid-19 dan juga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

“Melalui inisitiatif COVIDCAREMY ini, pelbagai perkhidmatan dan sokongan, merangkumi sumbangan barangan runcit, bahan makanan, barang perlindungan termasuk pelitup muka dan pensanitasi, serta khidmat sokongan psikologi dan nasihat undang-undang, disediakan untuk mengurangkan beban kehidupan dan meningkatkan perlindungan masyarakat yang terkesan.”

“Setelah beroperasi lebih setahun, COVIDCAREMY masih terus menerima panggilan memohon  bantuan daripada golongan yang terkesan, dengan angka yang semakin meningkat dari hari ke hari. Ini menunjukkan masyarakat Malaysia masih memerlukan bantuan dan sokongan untuk memastikan kelangsungan hidup dalam tempoh yang mencabar ini,” kata Saravanan M.Sinapan, Presiden DHRRA Malaysia.

Menurut Saravanan lagi, ramai dalam kalangan masyarakat yang hampir atau telah putus asa dalam menghadapi cabaran-cabaran yang berterusan yang diwujudkan oleh pandemik yang tidak berkesudahan ini. Ini jelas kelihatan daripada peningkatan yang mendadak gangguan emosi dan mental, serta gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Lebih membimbangkan adalah peningkatan dalam kes cubaan membunuh diri dan kes bunuh diri yang dipaparkan dalam media massa tempatan.

“Walaupun COVID-19, telah menimbul kesan negatif yang ketara dalam kalangan masyarakat Malaysia, ia juga telah menyerlahkan perpaduan dalam kalangan kita. Ini terbukti daripada tindakan segenap warga Malaysia, termasuklah agensi-agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat korporat dan individu, tampil ke hadapan untuk membantu mereka yang terjejas teruk akibat krisis ini.”

“Perjalanan kita senegara masih jauh dalam membanteras COVID-19. Tetapi kita mampu melakukannya bersama. Ini merupakan masa yang tepat untuk kita menepikan perbezaan politik,  isu sensitif  perkauman atau keagamaan dan meningkatkan semangat perpaduan dan kasih sayang dan saling bantu membantu untuk memastikan tiada di antara kita yang ketinggalan dan menderita keseorangan.”

“Marilah kita bersama-sama bersatupadu menentang Covid-19 dengan semangat kasih sayang dengan mengisytiharkan sebagai  Musim Kesayangan dan membantu mereka yang terkesan,” ujar Saravanan.

Maklumat lanjut berkenaan inisiatif boleh dilayari di laman web DHRRA Malaysia www.dhrramalaysia.org.my dan juga laman Facebook www.facebook.com/covidcaremy .

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*