Permohonan pengeluaran i-Citra dibuka hari ini

Permohonan pengeluaran i-Citra dibuka hari ini

KUALA LUMPUR, Jul 12 – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula hari ini iaitu tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.

KWSP pada Ahad memaklumkan, permohonan boleh dibuat melalui icitra.kwsp.gov.my dan ahli dinasihatkan memastikan nombor telefon bimbit mereka sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP) serta mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

Melalui I-Citra, ahli yang layak boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.

“Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan EPF Media Desk, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP pada Ahad.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula bulan depan.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia merupakan inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Citra serta cara-cara membuat permohonan, ahli-ahli boleh merujuk saluran komunikasi rasmi KWSP, laman webnya di www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*