TPM beri amaran kepada pengilang jangan cabar arahan kerajaan

TPM beri amaran kepada pengilang jangan cabar arahan kerajaan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran keras kepada pengusaha kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, sebanyak 180 kilang serta premis perniagaan diarah tutup pada Rabu kerana gagal mematuhi arahan dan SOP ditetapkan.

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP. Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*