TPM nasihat pasukan misi kemanusiaan pulang susulan keadaan tidak menentu di Gaza

TPM nasihat pasukan misi kemanusiaan pulang susulan keadaan tidak menentu di Gaza

KUALA LUMPUR, Jul 21: Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menasihati pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang kini berada di Kaherah, Mesir supaya pulang dahulu berikutan keadaan di Gaza yang masih tidak menentu.

Nasihat itu disuarakan Ismail semasa konferensi video beliau bersama pasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin itu yang diketuai Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia (BKUM) yang juga Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim semalam.

“InsyaAllah jika keadaan stabil mereka boleh ke Gaza semula. Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, setiap orang ada pengorbanannya, dalam pengorbanan juga pasti ada ujiannya. Tetapi Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Dia mengetahui setiap pengorbanan seorang insan.

“Semoga setiap usaha dan pengorbanan itu dijadikan asbab kebahagiaan yang dapat untuk semua,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam tadi.

Misi HM4P bermula 19 Jun lepas dengan tujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Gaza yang diserang tentera Israel pada Mei lepas.

Serangan rejim Israel ke atas wilayah Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lepas menyaksikan kemusnahan harta benda selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin termasuk 66 kanak-kanak.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*