Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR, Jul 22: Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM1 juta di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan siasatan ke atas Syed Saddiq telah dijalankan sejak Jun lalu selepas pihak berkuasa menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya dipercayai wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemuda parti berkenaan.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya itu adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*