Kedai gunting rambut, cuci kereta antara 11 jenis ekonomi dibenar beroperasi semula esok

Kedai gunting rambut, cuci kereta antara 11 jenis ekonomi dibenar beroperasi semula esok

KUALA LUMPUR, Ogos 15: Kerajaan bersetuju membenarkan 11 jenis ekonomi bawah Fasa 1 beroperasi semula berkuatkuasa esok, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, kemudahan terbaharu itu terpakai kepada semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah mencapai sekurang-kurangnya 50% dan individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah menerima vaksinasi lengkap.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan perbincangan dengan semua pemegang taruh dalam sektor berkepentingan.

“Sebagai contoh, sehingga 14 Ogos, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang mencapai 64.7%. Maka, individu yang telah lengkap vaksinasi di Lembah Klang boleh memanfaatkan kemudahan ini apabila ia mula berkuatkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*