13.3 juta populasi dewasa Malaysia sudah lengkap vaksin

13.3 juta populasi dewasa Malaysia sudah lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, Ogos 24: Jumlah populasi dewasa negara ini yang melengkapkan suntikan dos vaksin, meningkat kepada 56.9 peratus atau 13,315,774 orang, setakat semalam.

Pada masa sama, seramai 18,476,589 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos.

Dalam pada itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan penurunan kepada 396,576 dos, berbanding 441,100 dos diberikan dua hari lepas, dengan 246,109 daripadanya adalah dos kedua.

Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 26 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Lembah Klang, membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur, ditutup bermula semalam.

JKAV memaklumkan, PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pula ditutup bermula hari ini.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*