53.5 peratus penduduk lengkap divaksin

53.5 peratus penduduk lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, Sept 14: Sebanyak 53.5 peratus atau 17,480,766 daripada keseluruhan populasi di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66 peratus atau 21,573,348 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 13 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dan 309 kes kematian tertunggak.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 21,124 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*