Sektor ekonomi dibuka secara berperingkat, langkah kurung rakyat tidak lagi sesuai, kata PM

Sektor ekonomi dibuka secara berperingkat, langkah kurung rakyat tidak lagi sesuai, kata PM

KUALA LUMPUR, Sept 14 : Langkah kerajaan untuk terus ‘mengurung’ rakyat tidak lagi sesuai dalam usaha negara untuk bebas dari pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, langkah itu dikhuatiri boleh mendatangkan lebih banyak implikasi kepada rakyat dan bagi tujuan itu juga, kerajaan kini melihat keutamaan untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat.

“Rakyat mesti berdisiplin untuk membuat kawalan kendiri, untuk jaga disiplin. Hari pertama apabila ada tempat percutian dibuka, ada yang masih tidak pakai pelitup muka pun.

“Masa depan negara kita untuk bebas dari COVID-19 bergantung pada kita sendiri. kita tidak boleh harapkan orang lain, kawalan kendiri sangat penting, kalau tidak usaha kita selama ini akan jadi sia-sia saja,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail berkata, data pemberian terkini vaksin juga menunjukkan seramai 74.7 peratus rakyat dewasa di negara ini sudah menerima dua dos vaksin manakala satu dos adalah seramai 91.6 peratus.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*