Kes jangkitan Covid-19 global melebihi 228.9 juta, kematian 4.69 juta

Kes jangkitan Covid-19 global melebihi 228.9 juta, kematian 4.69 juta

KUALA LUMPUR, Sept 21: Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini sudah melebihi 228.9 juta, berikutan ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 42 juta kes. Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 21 juta kes.

United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi dengan menghampiri 4.2 juta kes. Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.3 juta, Malaysia lepasi 2 juta kes dan Thailand dengan 1.47 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 77,000 kes.

Sementara itu, angka kematian seluruh dunia kini melebihi 4.69 juta. Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 675,000 kes. Ini diikuti Brazil dengan lebih 590,000 kes, India lebih 445,000 kes, Mexico lebih 271,000 kes.

Sementara United Kingdom kini catat lebih 135,000 kematian. Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 140,000 kes korban. Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 36,000 diikuti Malaysia dengan 23,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 15,000 angka korban.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*