Elak politik kekerasan, ego dan cabar-mencabar, nasihat Annuar Musa

Elak politik kekerasan, ego dan cabar-mencabar, nasihat Annuar Musa

MELAKA, Nov 14: Kempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka perlu berjalan dalam kesederhanaan dan mengelak daripada politik kekerasan, keegoan dan cabar-mencabar.

Sebaliknya, Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, kempen perlu fokus mengajak rakyat mengenali calon yang diketengahkan tanpa perlu serang-menyerang atau tuduh-menuduh.

“Dalam berpolitik ini ada etikanya, kalau tanya saya pasal kempen di PRN Melaka, dalam keadaan sekarang politik keras, politik cabar-mencabar, politik ego sudah kurang relevan.

“Sebaliknya menyerlahkan politik yang menonjolkan kebijaksanaan, kehalusan budi bicara, diplomasi yang tinggi dan keupayaan duduk berunding dan tidak mengamalkan politik bersifat ‘jingoism’, atau ternampak unsur kepuakan atau kefanatikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan “Wawancara Live Agenda Massa: Terjejaskah Kerajaan Keluarga Malaysia Dengan Pertandingan Tiga Penjuru di PRN Melaka” anjuran sebuah portal berita di sini malam tadi.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia mengulas perkara itu ketika ditanya mengenai kempen PRN Melaka yang dilihat mengabaikan konsep Keluarga Malaysia sehingga berlaku tindakan serang-menyerang antara gabungan parti bertanding.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*