Vigneswaran kini Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan

Vigneswaran kini Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan

KUALA LUMPUR. Nov 14: Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran kini merupakan Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan.

Jawatan terbaharu itu disebut Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap mengumumkan nama pemimpin yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2021 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).

“Yang berhormat S A Vigneswaran yang merupakan Presiden MIC, mewakili masyarakat komuniti India yang juga Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan,” katanya ketika mengumumkan antara pemimpin yang hadir ke majlis itu.

Sebelum ini bekas Presiden MIC, S Samy Vellu turut pernah dilantik sebagai Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak pada 2011, bagaimanapun pun jawatan itu dimansuhkan ketika Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 2018.

Tan Sri SA Vigneswaran yang berpengalaman luas sebagai mantan Yang Di Pertua Dewan Negara dilihat akan menggalas amanah memantapkan perhubungan dua hala di antara Malaysia dan negara-negara Asia Selatan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*