40 kes kematian baru Covid-19

40 kes kematian baru Covid-19

KUALA LUMPUR, Nov 17: Repositori data Github Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 40 kematian akibat Covid-19 semalam (16 Nov), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 29,769.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur, dengan 904 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 17.5 peratus atau tujuh orang meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu tujuh, membentuk 17.5 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.ADS

Kes kematian selebihnya dilapor di Sarawak (6), Pulau Pinang (5), Sabah (5), Terengganu (4), Kelantan (3), Negeri Sembilan (3), Johor (2), Perak (2), Kedah (1) , Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 34 daripada 40 kematian yang dilaporkan, atau 85 peratus, berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 62 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari terakhir, berbanding purata tujuh hari sebanyak 49, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 954 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 2,704 kematian Covid-19 dilaporkan pada Oktober, 9,680 pada September, 7,642 pada Ogos dan 3,858 pada Julai.

Setakat semalam, terdapat 65,316 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 5.7 peratus daripada 61,774 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 30.2 peratus daripada 93,514.

Kemas kini selepas tengah malam Kementerian Kesihatan juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 5,413 kes baru semalam, sebanyak 198 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang masih berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 138 (69.7 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 39 (19.7 peratus) adalah daripada penularan komuniti.

Enam belas lagi (8.1 peratus) adalah daripada kluster yang dikaitkan dengan institusi pendidikan.

Baki kes dikesan kepada kluster yang berkaitan dengan dan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (5 – 2.5 peratus).

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*