Isu Kadar Gaji Minimum Masih Di Dalam Perincian – Saravanan

Isu Kadar Gaji Minimum Masih Di Dalam Perincian – Saravanan

KUALA LUMPUR, Nov 19: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan hari ini berkata isu kadar gaji minimum tenaga kerja negara masih di dalam kajian dan perincian Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

“Mesyuarat MPGN telah berlangsung semalam di mana Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) membentangkan hasil dapatan dan syor Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 untuk pertimbangan  Majlis.”

“Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuklah cadangan daripada majikan yang mencadangkan agar kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan. Manakala pihak pekerja pula mengesyorkan supaya kadar gaji minimum yang dilaksanakan ketika ini dapat dinaikkan,” kata Saravanan di dalam kenyataan media beliau.

Tambah beliau, Majlis belum membuat sebarang keputusan pada mesyuarat tersebut. Perbincangan serta perincian lanjut akan bersambung dalam mesyuarat MPGN akan datang yang dijangka diadakan pada 9 Disember 2021 sebelum dikemukakan untuk pertimbangan serta persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri kelak.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*