18 kematian baharu Covid-19 dilaporkan

18 kematian baharu Covid-19 dilaporkan

KUALA LUMPUR, Jan 6: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 18 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,609.

Pahang, Perak dan Selangor masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Kelantan, Sabah dan Terengganu (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,739 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 257 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 137 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,195 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,773,156.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*