Mayat terapung di tasik Putrajaya sah warga Vietnam

Mayat terapung di tasik Putrajaya sah warga Vietnam

PUTRAJAYA, Jan 6: Mayat wanita bertatu bunga ros yang ditemui terapung di tasik berhampiran Sky Ride Festival Park, Presint 2, Putrajaya, Ahad lalu disahkan sebagai warga Vietnam.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa dikenali sebagai Tran Ai Lien, 26, dan menetap di Greenview Residence, Sungai Long, Kajang, Selangor.

Katanya, identiti mangsa disahkan oleh rakan serumahnya selepas menyedari berita kematian mangsa disiarkan di media sosial selain Facebook serta pengecaman barangan yang dipakai mangsa.

Asmadi berkata, rakan mangsa hadir ke balai polis Sungai Long pada jam 8.30 malam Isnin lalu bagi membuat pengesahan.

“Rakan mangsa memaklumkan mangsa keluar dari rumah dengan membawa beg tangan pada 29 Disember lalu sebelum gagal dikesan.

“Dia mendakwa menerima maklumat mangsa menaiki teksi Grab pada 1.04 pagi dan memaklumkan berniat untuk membunuh diri tanpa diketahui masalah peribadi dialami.

“Rakan mangsa mengecam identiti mangsa berdasarkan cincin, gelang dan jaket dipakai,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kira-kira jam 6.30 petang Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan ternampak mayat mangsa di tasik itu sebelum membuat laporan polis.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mula mereput dengan sebahagian organ tubuh sudah dimakan hidupan liar.

Asmadi berkata, rakan mangsa sudah menghubungi ibu mangsa di Vietnam bagi mengesahkan kewujudan tatu berbentuk bunga ros hitam di bahagian punggung sebelah kiri mangsa.

Menurutnya, polis juga sudah mengambil keterangan ibu saudara mangsa yang tinggal di Behrang, Perak.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*