97.8% populasi dewasa negara lengkap divaksin

97.8% populasi dewasa negara lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, Jan 11: Seramai 22,886,013 individu atau 97.8% daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, menjadikan hanya 2.2% lagi diperlukan untuk mencapai angka 100%.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, seramai 23,170,208 individu atau 99% daripada kumpulan itu juga sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,767,385 individu atau 87.9% telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,857,194 individu atau 90.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sejumlah 223,463 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,273 dos pertama, 2,114 dos lengkap dan 218,076 dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 59,511,395 dos dengan 8,032,484 daripadanya adalah dos penggalak.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*