Harimau Belang: Perhilitan kawal perkampungan Orang Asli Pos Bihai

Harimau Belang: Perhilitan kawal perkampungan Orang Asli Pos Bihai

PUTRAJAYA, Jan 11: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) masih menjalankan operasi pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai di Gua Musang ekoran aduan penduduk berkenaan harimau belang yang berkeliaran di kawasan tersebut sejak semalam.

Menurut Jabatan Perhilitan pihaknya telah memasang tiga perangkap harimau belang (perangkap wahab) iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai.

“Hasil Survei Harimau Kebangsaan Pertama (NTS1) mendapati majoriti daripada populasi Harimau Malaya berada di kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia terutama di kompleks Taman Negara-Banjaran Titiwangsa,“ menurut Jabatan Perhilitan dalam kenyataan bagi menjelaskan laporan akhbar hari ini yang bertajuk ‘11 ekor Pak Belang berkeliaran di Pos Bihai ancam penduduk’.

Jabatan Perhilitan berkata pihaknya sentiasa memantau dan memberi taklimat kepada penduduk kampung dari semasa ke semasa berkenaan perjalanan operasi mengesan dan menangkap harimau belang serta langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berada di luar kawasan rumah.

Katanya orang ramai perlu lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan negeri Kelantan melalui talian 011-59275985, talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*