Saravanan umum kaedah pelaksanaan gaji minimum.

Saravanan umum kaedah pelaksanaan gaji minimum.

Kerajaan telah membuat keputusan bahawa kaedah pelaksanaan PGM 2022 adalah kadar gaji minimum RM1,500 sebulan berkuatkuasa mulai 1 Mei 20 dan bagi seseorang majikan yang menggajikan 5 orang pekerja atau lebih; dan bagi seseorang majikan yang menjalankan sesuatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 iaitu profesional sains dan kejuruteraan; kesihatan; perguruan; perniagaan dan pentadbiran; teknologi maklumat dan komunikasi; perundangan; perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan; sosial dan kebudayaan dan badan pengawalaturan tanpa mengira jumlah pekerja yang digajikan

Kuat kuasa gaji minimum RM1,500 sebulan mulai 1 Januari 2023 bagi seseorang majikan yang menggajikan kurang 5 orang pekerja.

Oleh yang demikian, bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum yang terpakai ialah seperti PGM 2020 iaitu RM1,200 sebulan bagi tempat pekerjaan di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran, dan RM1,100 sebulan bagi kawasan selainnya.

Dalam satu siaran media Datuk Seri M Saravanan beekata bahawa penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,500 sebulan kepada majikan yang menggajikan kurang 5 orang pekerja adalah bagi memberi peluang kepada majikan kategori ini membuat persediaan sewajarnya.Kerajaan juga memutuskan tiada penundaan diberi kepada mana-mana sektor ekonomi atau jenis pekerjaan memandangkan Kerajaan telah memberi bantuan kepada majikan melalui pakej bantuan COVID-19 seperti Program Subsidi Upah yang telah berupaya mengekalkan perniagaan dan pekerjaan. Ini juga bagi memastikan pekerja-pekerja mendapat manfaat daripada peningkatan gaji minimum.

Kadar gaji minimum harian dan jam serta kadar gaji bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar melalui tugasan dan produktiviti seperti komisen, upah ikut kerja (piece rate) dan sebagainya turut diperincikan dalam PGM 2022.

Pelaksanaan gaji minimum ini tidak terpakai kepada pekhidmat domestik sebagaimana PGM terdahulu.

Penguatkuasaan gaji minimum akan dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, semua majikan diminta mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu ini.

Kerajaan turut menjangkakan peningkatan gagi minimum ini akan memberi impak positif kepada negara, pihak majikan dan pihak pekerja yang akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara akibat pandemik COVID-19. Peningkatan gaji minimum juga akan membantu mencapai hasrat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Beliau turut menyatakan bahawa selain itu, kadar gaji minimum yang diputuskan ini adalah wajar bagi memastikan kebajikan pekerja terutama yang berpendapatan rendah terpelihara. Malah, pihak majikan juga akan mendapat manfaat daripada peningkatan kuasa beli pengguna.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*