Tindakan tegas terhadap agensi pekerjaan yang tidak mematuhi penetapan kos pengambilan  pekhidmat domestik Indonesia

Tindakan tegas terhadap agensi pekerjaan yang tidak mematuhi penetapan kos pengambilan pekhidmat domestik Indonesia

PUTRAJAYA, Mei 17: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan hari ini memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap agensi pekerjaan swasta yang tidak mematuhi penetapan kos pengambilan pekhidmat domestik seperti yang ditetapkan.

“Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Indonesia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) 2022 pada 1 April 2022bagi pengurusan penggajian PDI di Malaysia.”

“Oleh yang demikian, pada 5 April 2022 saya telah memaklumkan bahawa hanya Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 di bawah kategori lesen B atau C dan diperakui oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang dibenarkan untuk membuat permohonan PDI.”

“Selain itu, sepertimana yang dipersetujui dalam MoU tersebut, kos maksimum bagi pengambilan PDI adalah RM15,000.,” kata Saravanan di dalam kenyataan media beliau.

Tambah Saravanan, kesemua APS yang membuat permohonan penggajian PDI adalah disarankan untuk mematuhi penetapan kos pengambilan yang dipersetujui, dan tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada APS yang ingkar.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan penggajian PDI boleh dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia melalui talian 03-88862410 / 03-88862451 / 03-88862450/ 03-88862352.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*