PM lancar skim insurans kenderaan MyEzyCover buat Keluarga Malaysia

PM lancar skim insurans kenderaan MyEzyCover buat Keluarga Malaysia

PUTRAJAYA, Julai 1 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia melalui platform digital MyEzyCover.com.

Skim insurans berkenaan menawarkan pembiayaan tanpa faedah dengan tempoh ansuran 10 bulan bagi penjawat awam membayar bayaran insurans serta cukai jalan kenderaan mereka.

Program tersebut telah diusahakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama A Tech Insure Sdn Bhd (A Tech) dan ANGKASA bergabung tenaga bagi pelaksanaan program tersebut.

“Kerajaan sedar dan amat memahami cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, khasnya berikutan impak pandemic Covid-19 ke atas sektor kesihatan dan sosio-ekonomi.”

“Saya juga sangat faham bagaimana kos memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan menjadi satu lagi beban kewangan yang dihadapi rakyat.”

“Maka, saya saran penjawat awam agar memanfaatkan kemudahan pembiayaan bayaran insurans kenderaan melalui platform MyEzyCover.com yang dapat meringankan kekangan kewangan mereka,” kata Ismail Sabri di dalam ucapan perasmian beliau di dalam Majlis Pelancaran Program MyEzyCover.com di Hotel Marriot, Putrajaya.

Perdana Menteri turut menghargai usaha KSM serta kerjasama strategik di antara PERKESO, ANGKASA dan ATECH di dalam membangunkan aplikasi pembiayaan digital bagi program insurans kenderaan tersebut.

Sementera itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata usahasama agensi kerajaan dan swasta di dalam pembangunan program ini, iaitu PERKESO, ANGKASA dan ATECH memanfaatkan semua pihak yang terlibat.

“Inisiatif pembangunan aplikasi digital MyEzyCover adalah selaras dengan komitmen kerajaan bagi menambahbaik kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, bermula dengan penjawat awam,” kata Saravanan di dalam ucapan beliau.

Pengerusi ATECH Tan Sri Abu Kassim Mohamad yang turut hadir di dalam majlis pelancaran tersebut berkata kemudahan pembiayaan tanpa faedah yang disediakan oleh ATECH akan membolehkan penjawat awam membeli polisi insurans kenderaan berkonsepkan Shariah tanpa sebarang wang pendahuluan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*