Skim insurans MyEzyCover bakal meringankan beban kewangan penjawat awam – Menteri Sumber Manusia

Skim insurans MyEzyCover bakal meringankan beban kewangan penjawat awam – Menteri Sumber Manusia

PUTRAJAYA, Julai 1 – Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini memperkenalkan program MyEzyCover, skim insurans kenderaan khas bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh penjawat awam

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata KSM melalui agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama A Tech Insure Sdn Bhd (A Tech) dan ANGKASA bergabung tenaga bagi pelaksanaan program tersebut.

“Kerjasama ini memanfaatkan semua pihak yang terlibat, di mana PERKESO akan berfungsi sebagai penyedia dana, ANGKASA sebagai penyelaras khidmat potongan gaji, manakala ATech pula sebagai operator platform serta penyedia khidmat kewangan tanpa faedah.”

“Pada masa yang sama, kerjasama strategik ini juga membolehkan PERKESO meceburi satu lagi portfolio pelaburan tanpa risiko,” kata Saravanan di dalam Majlis Pelancaran Program Insurans Kenderaan MyEzyCover hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyempurnakan majlis pelancaran tersebut di Hotel Marriot Putrajaya.

Tambah Saravanan, aplikasi digital MyEzyCover adalah selaras dengan komitmen kerajaan bagi menambahbaik kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, bermula dengan penjawat awam.

Beliau berharap skim insurans kenderaan Keluarga Malaysia ini dapat memanfaatkan penjawat awam di dalam meringankan beban kewangan yang mereka hadapi.

“Pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan adalah kewajipan pemilik kenderaan setiap tahun. Namun, terdapat segelintir penjawat awam, khasnya golongan B40 yang menghadapi kesukaran di dalam memenuhi tanggungjawab ini.”

“Maka, matlamat kerajaan bagi membantu golongan sedemikian akan tercapai melalui program MyEzyCover yang kita perkenalkan hari,” kata Saravanan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*